HOME ABOUT Chatbox

Wednesday 14 October 2015

Kali Pertama.......

   Kali pertama.... atau pertama kali.....hihi, pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih pada anakanda saya yang telah membina blog untuk bondanya...Telah lama tertangguh untuk saya menulis dalam coretan yang tak seberapa ini. Harap-harap selepas ini semangat untuk menulis akan terus ada untuk berkongsi pengalaman......

  Pengalaman ke Bandung yang lepas tidak akan kami lupakan, walaupun ramai yang sudah menjejaki ke sana, namun pengalaman melihat tempat orang akan kami ingat sampai bila-bila..
Bermula dengan tiket murah air asia, perancangan demi perancangan dilakukan...
 
   Almaklumlah kali pertama menjejak kaki ke luar negara bagi kami untuk ibu dan anak-anaknya tetapi tidak bagi ayahandanya...Dari urusan pembelian tiket sehinggalah penginapan serta transport telah saya tempah terlebih dahulu bagi memudahkan pergerakan dan urusan kami di sana.....Nanti saya akan ceritakan dengan lebih lanjut tentang ini pada entrie yang berikutnya.....


Ni gambar anak teruna di Tangkuban Perahu, cuacanya memang dingin ala-ala Cameron Highland...



Ha...Yang ni pula pemandangan di Kawah Putih
Masya Allah terpana dengan keindahan ciptaan Tuhan... Angin sejuk walaupun ada sedikit bau belerang menyengat dihidung...

Sejuk-sejuk macam ni rasa teringat kek cotton cheese kek yang dibuat tempohari untuk anak-anak sempena harijadi mereka yang ke-10 dan 13... Harijadi mereka hanya selang sehari dan permintaan kakak ialah cheese kek yang dia memang hantu cheese.. si abang pula tak kisah janji kek... Memang gebu macam sponge bob bak kata abang...


Ni la keknya yang dihias dengan strawberry cameron bersama sedikit coklat ganache.... Resepinya agak mudah tapi kena sabar sikit dalam pembuatannya.. simpan dalam peti ais dalam 2 jam.. aduihsedapnya bila makan sejuk.... Tak perlu dah nak beli kek yang satu slice berharga RM8.50.. Buat sendiri lagi murah dan terjamin halalnya dan sedap.....

Kalau rajin boleh cuba resepi seperti di bawah..


Loyang Size 8inc

Bahan A:
250g cream cheese}       biarkan
50g butter              }  pada suhu bilik
100ml susu segar
6 biji kuning telur
2 sudu besar jus lemon
1/4sdk garam
60g tepung kek
20g tepung jagung

Bahan B:
140g gula - lebih cantik gula halus[granulated sugar]
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon

Cara-caranya:

1.Susu, butter dan cream cheese dalam satu bekas cairkan mengikut kaedah double boiler
Kacau sehingga sebati dan licin
2.Bila dah sejuk masukkan tepung kek yang telah diayak diikuti dengan tepung jagung yang juga telah diayak
3.Bila dah sebati, masukkan pula kuning telur. Kacau sehingga sebati.
4. Sedikit garam dan akhir sekali lemon yang 2 sudu besar itu.
5.Kacau kaup balikkan.

Langkah untuk adunan B pula:

1. Pastikan bekas dan peralatan kering, masukkan putih telur untuk menghasilkan meringue
2. Putar sehingga berbuih kemudian masukkan sedikit demi sedikit granulated sugar tadi
3. Putar dengan kelajuan tinggi dalam 10 minit ataupun sehingga soft peak dan berkilat. Apabila diterbalikkan tidak akan jatuh. Jangan lupa masukkan jus lemon yang 3/4 sdk tadi.
  
  Langkah terakhir dengan hanya kaup balikkan masukkan adunan cream cheese tadi ke dalam adunan meringue. Kacau perlahan sehingga sebati. Bakar dalam kaedah waterbath @ bain-marie. Setelah oven dipanaskan dahulu pada suhu 160 celcius. Kemudian tuangkan air panas pada dulang. Untuk mendapatkan kek yang gebu bagi kaedah ini disarankan guna api bawah sahaja. 
 
SELAMAT MENCUBA!!